Koleksi gambar diambil daripada Berita Harian dan Bernama
- masuk ke stadium tanpa tiket (ada yang memanjat pagar dan merempuh polis)
- melontar objek seperti botol minuman dan mercun ke padang dan juga ke kepala orang yang memadamkan kerusi yang terbakar dan juga petugas media RTM.. ishk3..
- membakar mercun, bunga api, bendera, kain rentang dan kerusi stadium
- cuba menimbulkan provokasi dan pergaduhan dengan penyokong lawan di dalam dan di luar stadium
- lain-lain lagi.....
di atas adalah antara kesalahan yang dilakukan oleh beberapa samseng bola sepak ketika perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lepas antara Kelantan menentang Negeri Sembilan.. kenapa saya tidak memanggil mereka penyokong adalah kerana mereka bukan betul2 hadir ke stadium untuk menyokong... mereka hanya ingin membuat kacau dan membuat sesuka hati mereka!
kalau mereka betul penyokong dan sayangkan pasukan mereka.. mereka sepatutnya tahu kesan daripada kelakuan monyet mereka akan ditanggung oleh pasukan.. pasukan akan didenda, digantung dan sebagainya... (adakah mereka lupa pasukan mereka pernah dilarang bermain di stadium sendiri beberapa bulan lalu..) dan paling sedih.. permainan ada lagi dekat setengah jam sebelum berakhir tapi mereka sudah meninggalkan stadium kerana dah ketinggalan tiga gol... hmmm bukankah sebagai penyokong anda sepatutnya memberikan semangat kepada pemain di dalam padang? biasa dengar kan, dalam bola sepak selagi tak ditiup wisel penamat, apa sahaja boleh berlaku... tiada yang mustahil!
orang lain gelak tapi saya geleng kepala bila menonton di tv1 petugas yang memadamkan kerusi yang sedang terbakar dibaling dengan botol.. alahai apa laa dosa orang tu?? monyet2 ni bukan takat buat dajal pada orang lain, pada orang sekampung pun jadi mangsa... mereka tak fikir ke? baling mercun sesuka hati kalau kena kepala orang siapa nak jawab?? tak tentu pasal yang duduk di bahagian bawah terpaksa berganjak... aduhhhh orang sendiri pun jadi mangsa.. dasar monyet!
satu lagi yang menarik perhatian saya, ada satu kain rentang besar dan panjang tulis terima kasih dan penghargaan pada presiden KAFA.. lawa jer tergantung di babak pertama... tapi tengah2 babak kedua, kain rentang tu pun jadi mangsa dijatuhkan dan dibakar... haiiii sungguh tak ikhlas berterima kasih! dengar cerita bendera pun dibakar.. marah MB nanti! tak silap saya MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz ada menonton ketika separuh akhir dan ada menasihatkan penyokong tentang isu bakar mercun semua tu... aduhaiii kenapa tak dengar nasihat ulama ni? degil eh.... agaknya mereka tak tengok berita kot...
selain isu monyet, secara peribadi saya kurang berkenan dengan jurulatih Kelantan yang juga merupakan bekas jurulatih kebangsaan (malas nak tulis nama dia.. hehe).. ingat lagi saya ketika menonton AWANI Sukan di Astro.. masa separuh akhir pertama ketika Kelantan tewaskan Perlis 2-0, dengan takburnya dia cakap Kelantan tak main bagus pun boleh menang 2-0 masa tuh.. wahhh cakap besar sungguh... dan nak tahu tak apa alasan dia pula bila kalah perlawanan akhir??
"Saya menghadapi kesukaran untuk menukarkan Mohd Zamri di bahagian pertahanan walaupun beliau telah melakukan beberapa kesilapan kerana terikat kepada peraturan.
"Mohd Zamri merupakan pemain bawah 19 tahun di mana Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mensyaratkan perlu ada seorang pemain bawah umur itu sepanjang permainan, masalahnya seorang lagi pemain Kelantan merupakan penyerang," katanya. - BERNAMA
syarat FAM pun dipersalahkan??? kalau dah tahu tentang syarat tu kenapa tak sediakan lebih ramai pemain bawah 19 tahun atau ambil ramai sikit pemain Piala Presiden awal2.. entah laa.. saya tak nampak yang dia nak mengaku kesilapan percaturannya sendiri...
berbalik pada isu monyet... siapa yang harus disalahkan dalam hal ini?? polis, pasukan, pemain atau siapa??? polis janji untuk tingkatkan kawalan dan tapis benda terlarang dari masuk ke stadium tapi masalahnya takkan nak sediakan nisbah seorang penonton seorang polis.. ada hampir 85,000 penonton malam tersebut.. jadi kena ada 85,000 polis juga ke? ke salah pasukan yang tidak menasihati penyokong mereka?? setahu saya setiap pasukan negeri ada kelab penyokong masing2 dan pastinya kelab akan menasihati ahli2 kelabnya.. tapi ya laa kan, monyet mana pandai pegang pen nak isi borang jadi ahli kelab penyokong... hehe..
apa sekalipun satu tindakan tegas harus dikenakan.. tetapi pada siapa? mungkin kepada pasukannya agar ini menjadi pengajaran kepada para monyet.. bila takde pasukan, maka monyet terpaksa duduk rumah tengok aksi pasukan lain, tengok EPL ke.. itu bukan kuasa saya untuk menentukan siapa yang harus dihukum, tetapi alangkah baiknya jika ada cctv dan wajah2 monyet ni dipapar di media dan seterusnya mereka diberkas.. sendiri buat sendiri tanggung! membazir duit kerajaan jer kena baiki kerusi yang rosak, kan bagus duit tu digunakan untuk bantu mangsa banjir yang melanda sekarang (dekat Kelantan juga, bukan tempat lain pun...)
*monyet dalam artikel ini ditujukan khas kepada para samseng yang menimbulkan kekacauan ketika perlawanan akhir malam tersebut.
**tulisan saya kali ini sengaja diwarnakan dengan warna kuning sempena meraikan kemenangan 3-1 Negeri Sembilan ke atas Kelantan... =)